Jangut.

HUKUM CUKUR JANGGUT

SOALAN :

Apakah hukum mencukur janggut bagi orang lelaki?

Bolehkah dipotong bahagian bawah janggut apabila panjang?

JAWAPAN :

Jumhur ulamak berjalan kepada haram mencukur janggut bagi lelaki dan makruh ia disisi mazhab Syafie menurut pendapat yang paling sahih.

Tersebut pada kitab Al-Mausu’atul Fiqhiyah :

«حَلْقُ اللِّحْيَةِ» ذَهَبَ جُمْهُوْرُ الْفُقَهَاءِ: الْحَنَفِيَّةِ وَالْمَالِكِيَّةِ وَالْحَنَابِلَةِ وَهُوَ قَوْلٌ عِنْدَ الشَّافِعِيَّةِ إِلَى أَنَّهُ يَحْرُمُ حَلْقُ اللِّحْيَةِ لأَنَّهُ مُنَاقِضٌ لِلأَمْرِ النَّبَوِيِّ بِإِعْفَائِهَا وَتَوْفِيْرِهَا … وَاْلأَصَحُّ عِنْدَ الشَّافِعِيَّةِ: أَنَّ حَلْقَ اللِّحْيَةِ مَكْرُوْهٌ

Artinya : “Mencukur janggut itu disisi jumhur ulamak fiqah yaitu mazhab Hanafi dan Maliki dan Hanbali dan satu pendapat dari mazhab Syafie ialah haram kerana bersalahan dengan perintah Nabi saw menyuruh peliharanya. Dan qaul yang asah di sisi mazhab Syafie mencukur janggut itu ialah makruh.”

Dan berkenaan hukum memotong bahagian bawahnya apabila panjang ia bukannya dicukur licin adalah harus.

Berkata Imam Nawawi :

وَقَالَ الْقَاضِي عِيَاض رَحِمَهُ الله تَعَالَى يُكْرَه حَلْقهَا وَقَصّهَا وَتَحْرِيقهَا وَأَمَّا الْأَخْذ مِنْ طُولهَا وَعَرْضهَا فَحَسَن

Artinya : “Telah berkata Qadhi ‘Iyadh : Dimakruhkan mencukur janggut dan mengguntingnya dan membakarnya. Dan ada pun memotong yang panjang darinya dan pada kiri dan kanannya adalah elok.” (Kitab Syarah Muslim)

wallahua’lam
ustaz azhar idrus
Sumber Ustaz Azhar Idrus.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s