Fasa pemulihan.

Perutusan Khas PM

Fasa Exit Strategy

PKPB akan diganti dengan PKP Pemulihan bermula 10 Jun hingga 31 Ogos 2020.

PKPP – banyak kelonggaran akan diberikan. Patuhi SOP secara berterusan.

Perjalanan rentas negeri dibenarkan kecuali ke kawasan PKPD. Ziarah boleh dilakukan.

Aktiviti sosial, pendidikan, keagamaan akan beroperasi semula secara berperingkat dengan mematuhi SOP.
Gunting rambut dan salon dibenarkan.

Pasar tani, pasar malam, food truck dibenarkan.

Lawatan muzium, dobi layan diri, aktiviti memancing, penggambaran filem dibenarkan.

Sukan:

Beberapa jenis sukan dibenarkan seperti boling, badminton, memanah, menembak, berbasikal, motosikal.
Aktiviti sukan lain masih tidak dibenarkan terutama yang melibatkan perhimpunan ramai dan bersentuhan.

Pelancongan:

Aktiviti pelancongan domestik dibenarkan.

PerayaanAgama:

Sambutan Aidil Adha & Ibadat Korban dibenarkan tertakluk kepada SOP yang akan ditetapkan.

Sekolah

Akan dibuka secara berperingkat setelah mendapat nasihat KKM. Akan diumumkan sedikit masa lagi.

Perniagaan:

Operasi perniagaan akan kembali seperti biasa dengan SOP yang telah ditetapkan.

Sektor Larangan

Pub, Kelab Malam, Pusat Karaoke, Kenduri, dan lain-lain yang melibatkan perhimpunan ramai masih lagi tidak dibenarkan.

7 Strategi PKPP

Leave a comment